 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Gerak kerja Kokurikulum diwujudkan di sekolah adalah bertujuan memberikan pendidikan menyeluruh yang merangkumi bidang akademik dan kokurikulum. Kedua-dua bidang ini seharusnya digabungjalinkan dan diberi penekanan, penilain serta pengikhtirafan agar guru dan murid dapat memahami konsep pendidikan yang berasaskan kepada penekanan yang sama dalam bidang kokurikulum dan akademik.
Dalam melaksanakan konsep ini diperingkat awal pendidikan yang seimbang dan sempurna harus diberi penekanan, ini bermakna seseorang pelajar itu diberi pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan spiritual.
Oleh yang demikian dalam semua gerak kerja kokurikulum perhatian dan tumpuan terhadap soal-soal kewarganegaraan, kemanusian, kepimpinan, keagamaan, moral dan kesejahteraan hidup mesti dititikberatkan.
Pihak sekolah berharap dapat meneruskan khidmat bakti yang cemerlang selama ini dibidang akademik ke dalam bidang kokurikulum agar dapat mempastikan aktiviti pendidikan dapat mencapai matlamat yang hendak dituju iaitu memberi pendidikan yang seimbang dan sempurna kepada semua pelajar.
Sekian terima kasih.
Nasrah B Nasir
Penolong kanan Kokurikulum
|