 Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Tahniah kepada semua warga SK Sg Anib III di bawah kepimpinan Guru Besarnya kerana mampu dan berjaya membangunkan laman web sendiri walaupun baru berusia setahun jagung.
Saya melihat Sekolah Kebangsaan Sg Anib III giat berusaha mendedahkan penemuan baru dalam organisasinya kepada pengetahuan masyarakat umum selaras dengan kemajuan bidang ICT dalam era globalisasi ketika ini. Justeru, laman ini merupakan salah satu usaha ke arah itu.
Dengan penggunaan pelbagai teknologi multimedia, saya harap laman web ini akan berupaya memberikan maklumat yang lebih baik dari segi organisasi, objektif, peranan dan tanggungjawab pihak sekolah serta mempermudahkan urusan dam hubungan dengan masyarakat ibubapa dan seterusnya dengan pihak jabatan pendidikan sendiri.
Saya berharap laman web ini juga akan berfungsi dengan menekankan konsep mesra pengguna, interaktif lagi informatif agar setiap pengunjug akan mendapat kepuasan maklumat dan pengalaman multimedia yang tidak membosankan. Ia juga diharapkan dapat dijadikan sumber rujukan ramai untuk perkara-perkara penting yang berkaitan dengan Sekolah Kebangsaan Sg Anib III, Sandakan ini agar masyarakat sekitar lebih yakin tentang kewujudan institusi ini dalam perlumbaan pembangunan pendidikan dan teknologi komunikasi maklumat bukan sahaja di bahagian Sandakan tetapi juga di negeri ini.
Saya berdoa agar kesepaduan , kekuatan serta ketahanan semua warga sekolah ini akan berkekalan dan mendapat restu dan izin dari Allah swt. Anda semua berhak menerima sanjungan dan penghargaan kerana semangat dan iltizam ini.
Selamat Melayari Laman Kami !
Sekian, terima kasih. Wassalam .
PUAN HAJAH SHARIFAH MARIAM BT SHARIF MUSRAFAH
Yang Di Pertua ,
Persatuan Ibubapa Dan Guru, Sekolah Kebangsaan Sg Anib III, Sandakan.
22 April 2004
JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA GURU SK SG ANIB III SANDAKAN 2004
Penasihat - En. Ibrahim Hj. Mohd. Salleh
2. Yang Dipertua - Pn. Hjh. Sh. Mariam Sh. Musrapha
3. Naib Yang Dipertua - Pn. Aminah Wahab
4. Naib Yang Dipertua - En. Amirshah Yaakub
5. Setiausaha - En. Said Saidi
6. Naib Setiausaha - En. Adam Saipuddin
7. Bendahari - Pn. Fauziah
8. Juru Audit Dalam - En. Salasa Regu @ Ragoo
9. Juru Audit Luar - En. Tony Lee
10. AJK - En. Jeffridin
11. AJK - Pn. Caroline
12. AJK - En. Bhaif Bar
13. AJK - Pn. Juliah Hj. Basar
14. AJK - En. Midal
15. AJK - En. Roslee Saharon
16. AJK - En. Nasrah Nasir
17. AJK - Ustz. Nor Khairani Mohamad
18. AJK - En. Anikko Ayi
19. AJK - En. Wong Meng Loong
|