  Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Penghargaan saya kepada Webmaster Sekolah Kebangsaan Sungai Anib III Sandakan kerana menyediakan ruang untuk amanat saya di laman web ini dan seterusnya , setinggi-tinggi tahniah saya kepada semua guru atas inisiatif dan kejayaan membangun laman web ini.
Teknologi Komunikasi Maklumat ( atau lebih dikenali sebagai ICT ) telah menjadi sebahagian dari corak hidup dalam era dunia tanpa sempadan ini. Oleh itu amat perlu bukan sahaja mengetahui ICT tetapi juga untuk menguasai kehamiran yang diperlukan agar tidak tewas dalam persaingan serta agar dapat menyumbang kepada pembangunan ICT itu sendiri.
Adalah menjadi harapan saya untuk melihat setiap sekolah di negeri ini mampu mencari dan mencapai potensi pencapaian untuk mengangkat martabat kendiri dalam ruang komuniti yang berbagai. Saya faham kesemua dapatan yang mencabar ini bukanlah sesuatu yang mudah sebelum kita dapat mencipta dan menerima kejayaan yang berbaloi. Saya amat berbangga mendapati adanya sekolah-sekolah rendah di negeri ini sudah bersedia menyahut cabaran global ini bertepatan dengan pepatah kita melentur buluh biarlah dari rebung.
Harapan saya, anda bukan sahaja menyediakan murid-murid untuk suatu masa depan yang cerah, tetapi juga memperlengkapkan mereka dengan sesuatu yang membantu negara untuk terus maju dan membangun. Memiliki sebuah laman web yang baru dibangunkan bererti akan diperhatikan oleh setiap pengunjung . Adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk mengemaskini dan mempertingkatkan prestasi laman web anda pada setiap masa agar setiap maklumat yang baik dapat dikongsi bersama oleh para pengunjung. Untuk usaha ini, anda semua berhak menerima sekalung penghargaan dan Jabatan Pelajaran Sabah akan sentiasa menyokong pembabitan berterusan anda dalam bidang ini.
Akhir kata, saya berharap pasukan webmaster dan pengurusan sekolah dapat bekerjasama untuk merealisasikan kecemerlangan sekolah anda dan Jabatan Pelajaran Sabah bertepatan dengan slogan baru kerajaan Cemerlang , Gemilang dan Terbilang yang diharapkan dapat menyempurnakan harapan negara ini.
Sekian dan terima kasih.
Datuk Dr. Hamdan Bin Mohaamad
Pengarah Pelajaran Sabah.
15 April 2004
THE DIRECTOR'S MESSAGE
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
My heartiest thank you to the Sekolah Kebangsaan Sg Anib III Sandakan webmaster for this opportunity . I am grateful and would like to congratulate everybody for having the initiative and creativity in developing this website.
Information Communication Technology or ICT has become part of our daily life. Hence it is important that we should be both knowledgeable and skillful with the latest technology less we are left behind what more to be able to contribute towards its development .
It is my hope to see every school in this state is able to find and achieve their own potential performances towards uplifting their own image in our entire communities. I understand that this challenging input is not a joke before we can create and deserve a meaningful success. I am absolutely proud to know many primary schools in Sabah are heading towards this challenge where it really suits our old sayings, melentur buluh biarlah dari rebung.
Hopefully, you do not just simply prepare your young pupils for their future, you should also equip them to create the kind of future our government wants accordingly. By having this newly developed website, your commitment would be judged by others. Thus , it is your responsibility to upgrade and update your site at all times which I believe contains many valuable information on the performances of your school for others to know. For the very great job you have done, all of you, accept my sincere appreciation and the Education Department of Sabah as a whole is proud to support your continuous participation in this sector.
Lastly, hoping the webmaster team and the school management will work hand and hand to upgrade good inputs within SK Sg Anib III and with the Department towards the realization of the vision of Excellence , Glory and Distinction .
Thank you.
Datuk Dr. Hamdan Bin Hj Mohamad
Director of Education, Sabah.
15 April 2004
Jabatan Pelajaran Sabah, Tingkat 5, Rumah Persekutuan, 88604 Kota Kinabalu
Education Department Sabah, 5th Floor Federal House, 88604 Kota Kinabalu.Sabah.Malaysia
Tel: 088-252224 Fax : 088-234828 Email : pengarah@sab.moe.gov.my
|