Tahniah di atas usaha gigih pihak guru besar beserta gabungan tenaga kerja guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Anib III sehingga berjaya merealisasikan Laman web SK Sg Anib III.
Dengan adanya Laman web ini, pihak sekolah akan dapat mempromosikan sekolah ke pentas dunia. Apa yang paling penting, pasukan web master mesti diwujudkan dan maklumat sentiasa dikemaskini. Selepas ini, pihak sekolah harus memikirkan pula beberapa perkara untuk memantapkan dan seterusnya menjadikan sekolah sebagai pusat informasi bagi bahan sumber pembelajaran bukan saja dalam bentuk Maya tetapi juga menjadikan penghasilan BBB (Bahan Bantu Belajar) sebagai teras kepada gerak kerja kurikulum dan ko-kurikulum. Bagi pihak PKG dan BTPN, pihak kami akan sentiasa memantau dan membantu pihak sekolah dalam merencang, merangka dan menjalankan aktiviti dan program kecemerlangan pendidikan di sekolah tuan.
Akhir sekali, Tahniah dan teruskan usaha murni semoga niat murni ini akan diberi ganjaran oleh Allah yang maha esa.
" Dari Guru, Oleh Guru, Untuk Guru "
" Teknologi Untuk Pendidikan Bestari "
AZMY AHMAD
Pegawai Penyelaras
Pusat Kegiatan Guru, Sandakan
26 April 2004 |