Home | My Message | The Director's Message | The DEO's Message | DEO Unit Chief's Overview | My School | My Curriculum | My Pupils Affair | My Co Curriculum | My Staff | My PTA | My Album | My Links

The School Audit Unit Chief's Overview
Sek Keb Sg Anib III,Sandakan
ketuaaudit.jpg
Pejabat Audit Sekolah adalah terletak di Bahagian Audit Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya telah sekian lama ditubuhkan di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak.

Di negeri Sabah, Pejabat Audit Sekolah telah diwujudkan pada Disember 2003 dengan penubuhan serentak 4 cawangan iaitu di Kota Kinabalu, Beaufort, Tawau dan Sandakan. Pejabat Audit Sekolah ini bertanggungjawab terhadap sekolah-sekolah di bawah cawangan masing-masing.

Pejabat Audit Sekolah Sandakan bertanggung jawab terhadap sekolah-sekolah di Bahagian Sandakan iaitu Daerah Sandakan, Daerah Beluran Dan Daerah Telupid. Terdapat 171 buah sekolah (30 buah Sekolah Menengah dan 141 buah Sekolah Rendah) di seluruh bahagian Sandakan. Pengauditan ke atas semua sekolah dibuat setiap tahun. Laporan dan Sijil Audit akan dikeluarkan. Selanjutnya Laporan Audit Yang Disatukan akan dibuat oleh Ibu Pejabat Bahagian Audit Sekolah.

Pejabat Audit Sekolah Sandakan diketuai oleh seorang Penolong Juruaudit W32 dengan gelaran Ketua Pejabat Audit Sekolah Sandakan. Beliau bertanggungjawab terus kepada Setiausaha Bahagian, Bahagian Audit Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.



OBJEKTIF


Menentukan wujudnya akauntabiliti dalam pengurusan akaun sekolah melalui pengauditan penyata kewangan sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan berdasarkan Peraturan Pendidikan (Accounts and Audit Rules), Akta Pendidikan 1996 dan mengemukakan Laporan Audit kepada pihak pengurusan atas.


Mengaudit dan melaporkan kepada pihak berkenaan sama ada penyelenggaraan akaun dan pengurusan kewangan sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan adalah mengikut prinsip-prinsip yang diakui dan selaras dengan kehendak peraturan kewangan yang berkuat kuasa.


Membuat perakuan-perakuan dengan tujuan membantu dalam usaha meningkatkan mutu pengurusan kewangan dan perakuanan di sekolah.


Bertanggungjawab untuk memberi bimbingan dan bantuan kepada sekolah yang menghadapi masalah pengurusan kewangan.




AMANAT UNTUK SEK0LAH DI BAHAGIAN SANDAKAN


Penyata Kewangan bagi semua Kumpulan Wang dan Tabung yang dikendalikan di sekolah hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Audit Sekolah selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun berikutnya.


Pejabat Audit akan meminta maklumat dari semasa ke semasa daripada sekolah. Adalah diharapkan agar sekolah sentiasa mengemaskini rekod kewangan untuk tujuan pengauditan. Kerjasama sepenuhnya daripada pihak sekolah adalah diharapkan untuk melicinkantugas pengauditan.


Pejabat Audit akan sedia memberi kerjasama untuk memperbaiki atau menambahbaik pengurusan kewangan di sekolah.




KAMSIAH HJ. BASTAMI
Ketua Pejabat Audit Sekolah
Sandakan.

Tarikh : 26 April 2004