Home | My Message | The Director's Message | The DEO's Message | DEO Unit Chief's Overview | My School | My Curriculum | My Pupils Affair | My Co Curriculum | My Staff | My PTA | My Album | My Links

Unit Keselamatan
Sek Keb Sg Anib III,Sandakan

sajali.jpg

PERATURAN KESELAMATAN SEKOLAH

PINTU PAGAR SEKOLAH

1. Pintu utama (Kaunter Sekuriti ) mesti ditutup dari semasa ke semasa;
2. Pintu kedua (Murid)mesti ditutup dari semasa ke semasa ; dan
3. Pintu ketiga (Kantin ) mesti ditutup dari semasa ke semasa.

NOTIS PEMBERITAHUAN LARANGAN

Pintu Utama ( Tindakan : PK HEM / Guru Keselamatan )

PEMBERITAHUAN

KENDERAAN AWAM DILARANG MASUK TANPA KEBENARAN.
JIKA BERURUSAN,SILA DAFTAR DI KAUNTER KESELAMATAN.
TERIMA KASIH KERANA KERJASAMA ANDA.

PUBLIC ENTERANCE IS STRICTLY PROHIBITED
WITHOUT PERMISSION. FOR OFFICIAL BUSINESS, PLEASE
REGISTER AT THE SECURITY COUNTER .
THANK YOU FOR YOUR COOPERATION.


ARAHAN GURU BESAR


Pintu Kedua ( Tindakan : PK HEM / Guru Keselamatan )


PEMBERITAHUAN

PIHAK SEKOLAH MENGALU-ALUKAN LAWATAN ANDA
TETAPI SILA DAFTARKAN KEHADIRAN ANDA UNTUK
RUJUKAN KAMI.TERIMA KASIH KERANA KERJASAMA
ANDA.

WELCOME TO SKSA3, BUT PLEASE REGISTER YOUR
VISIT FOR OUR REFERANCE .YOUR COOPERATION IS
VERY MUCH APPRECIATED.

ARAHAN GURU BESAR

Pintu Ketiga (Kantin) ( Tindakan : PK HEM / Guru Keselamatan )


PEMBERITAHUAN

KENDERAAN AWAM DILARANG MASUK .
TERIMA KASIH KERANA KERJASAMA ANDA.

PUBLIC ENTERANCE IS STRICTLY PROHIBITED .
THANK YOU FOR YOUR COOPERATION.


ARAHAN GURU BESAR

Kereta Guru

1. Semua kenderaan guru / staf SKSA3 dikecualikan daripada sekatan pada bila-bila masa ;

2. Semua kenderaan Ketua Jabatan Pendidikan / Polis / Keselamatan / Bomba / Ambulans / St. John Ambulans / PBSM / Klinik Bergerak / SESB / Jabatan Air / Kontraktor Bangunan / Konsultan Bangunan dikecualikan daripada sekatan TETAPI mesti direkodkan pada setiap masa ;

3. Semua kenderaan guru / staf yang dipandu oleh suami / isteri / anak & keluarga mestilah didaftarkan di Kaunter Keselamatan dan dikecualikan daripada sekatan ;

Kereta Guru2 / Pegawai / Pembekal makanan yang menghadiri kursus / mesyuarat :

1. Semua kenderaan bagi item di atas mestilah diletakkan di lot2 letak kereta di luar pagar dan kemasukan mereka mestilah melalui Pintu kedua dan tertakluk kepada Peraturan Kemasukan Pintu kedua ;

2. Semua kenderaan Pegawai2 Kursus / Mesyuarat dibenarkan masuk setelah direkodkan dan mestilah diletakkan di lot2 letak kereta yang disediakan ;

3. Jika dalam kes2 tertentu, pihak pengurusan kursus / mesyuarat menyediakan perkhidmatan makanan , maka kenderaan pembekal dibenarkan masuk melalui laluan foyer secara sementara dan mesti direkodkan.

Foyer Sekolah

1. Semua kenderaan dilarang diletakkan di laluan foyer sekolah kecuali kereta GB & PK1;

2. Pengawal Keselamatan boleh memanggil dan menasihatkan mana-mana kereta yang diletakkan di foyer kecuali kereta GB & PK1.

SENARAI TUGAS &
TANGGUNG JAWAB PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH

1. Menjaga keselamatan bangunan sekolah dan semua harta benda yang berada di dalam lingkungan premis sepanjang waktu ;

( Pejabat Guru Besar , Bilik Gerakan, Bilik Guru, Bilik Pusat Sumber , Makmal Komputer , Makmal Sains , Bilik SPBT , Bilik Seni , Bilik Muzik , Surau Sekolah , Bilik Perkembangan Staf & PLBS, Bilik2 Tandas, Stor Sukan , Bilik Sistem Penjanaan Letrik , Bilik Sistem Penjanaan Air, Bilik Manipulatif, Bilik Persalinan , semua bilik kelas, semua gelanggang permainan bilik kesihatan dan kantin.);

2. Menjaga / mengawal aktiviti2 di luar / dalam kawasan sekolah samada yang membabitkan guru / murid / orang luar ;

3. Penjualan sebarang benda / makanan / minuman dalam kawasan;

4. Pergaduhan di antara guru / orang luar;

5. Pergaduhan di antara murid semasa ketiadaan guru.

6. Mengawasi keselamatan murid2 yg menunggu kenderaan

7. Menghadiri perjumpaan mingguan ( Setiap Hari Isnin ) dengan GB / membuat laporan dll;

8. Menghantar Buku Laporan untuk ditandatangani oleh GB , atau PK1 semasa ketiadaan GB pada setiap hari Isnin;

9. Menghantar Voucer seawal yang boleh untuk ditandatangani oleh GB;

10. Membantu kerja-kerja sekolah dari semasa ke semasa ;

11. Menaikkan Bendera Malaysia / Sabah / Sekolah setiap pagi dan menurunkannya pada setiap petang ;

12. Pada waktu2 cuti Am / malam dan ketika mana tidak terdapat guru dan staf sekolah ; Pengawal Keselamatan yang bertugas boleh melaporkan apa sahaja masalah / malapetaka dll yang berlaku terus kepada GB Tel. Rumah: 089513411 ( Reverse Charge ) HP:0198009161 ; PK1 Tel. Rumah : (Reverse Charge) HP: ; PKHEM Tel. Rumah : (Reverse Charge) HP: ; PKK Tel. Rumah : (Reverse Charge) HP: Guru Keselamatan Tel. Rumah : (Reverse Charge) HP: Guru Disiplin Sekolah Tel. Rumah : (Reverse Charge) HP:

KEBAJIKAN PEKERJA / STAFF / DLL

1. Warga SKSA3 Sandakan ;
2. Kemudahan Telefon untuk menghubungi majikan ;
3. Kemudahan / bantuan pengurusan ;
4. Pelbagai.