Home | My Message | The Director's Message | The DEO's Message | DEO Unit Chief's Overview | My School | My Curriculum | My Pupils Affair | My Co Curriculum | My Staff | My PTA | My Album | My Links

Unit Disiplin
Sek Keb Sg Anib III,Sandakan

roslee.jpg

JAWATANKUASA DISIPLIN SEKOLAH


Guru Besar
En Ibrahim Bin Hj Mohd Salleh


Penolong Kanan HEM
Pn Aminah Binti Wahab


Ketua Guru Disiplin
En Roslee Bin Saharon


Guru-guru Disiplin
En Sajali Kabah
En Anikko A/K Ayi


Ketua Pengawas


Ketua Kelas Pengawas

Ketua Kebersihan


Senarai Nama Pengawas Sekolah Sesi 2004

1. Riduan Bin Said(2A)
2. Mohd Nur Azmi Kamal (2B)
3. Mohd Alif Najmi Shokri (2C)
4. Mohd Zulhelmi Zulkifli (3A)
5. Mahazir Bin Sadiman (3A)
6. Nazurah Binti Idin (2 C)
7. Mohd Akmal Riduan Syah (3A)
8. Nurfaezah Binti adam (2A)
9. Dian Ardiani Osman (2B)
10. Asnita Binti Sudirman (3A)
11. Khairulnisa Ahmadul (3A)
12. Syamin Afikah Jamaluddin (3A)
13. Mohd Danial Akmal Bin Said (2A)


Ketua Kelas Sesi 2004


1A Norsharif B Jumadil
1A Qairul Ridzuan B Kamil Syah
1B Mohd Safawi
1B Nasreen Bt Nazar
1C Mohd Asnawi B Hassan
1C Nurfitriyanie Binti Ribut
1D Rasyid Bin Abd Rajak
1D Nurul Saifiqah Binti Suhaidi
2A Mohd Qairul Ridzuan B Kamil Syah
2A Nur Aqilah Bt Mohd Amin
2B Mohd Firdaus B Jefri
2B Noor Syafiqah Bt Awang Ismail
2C Mohd Azan B Ummas
2C Fatin Amiera Nadira Bt Shamsol
3A Mohd Alif B Tarli
3A NurIzzati Syakira Bt Bhaif






PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

Masa Persekolahan

1. Murid-murid hendaklah berada di bilik darjah selewat-lewatnya pada pukul 7.20 pagi.

2. Murid-murid yang bertugas dikehendaki membersihkan kelas sebelum memasuki kelas(sebelum 7.20 pagi)

3. Loeceng pertama akan dibunyikan pada jam 7.10 pagi dan murid-murid hendaklah berbaris di padang perhimpunan.

4. Guru-guru bertugas dan pembantunya akan mengawasi murid-murid sebelum masuk kelas dan semasa pulang.

5. Masa persekolahan ialah pada jam 7.20 pagi hingga 12.40 tengahari.

6. Murid-murid yang hendak keluar dari kelas hendaklah mendapat"Pas keluar"dari guru yang berada di dalam kelas dan mencatat nama dan masa di dalam buku khas.


Kehadiran

1. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah hendaklah memberikan surat doctor atau ibubapa menunjukkan sebab mengapa murid tidak hadir.

2. Surat "Pemberitahuan ketidakhadiran ke sekolah: Amaran Pertama"akan dikirimkan kepada ibubapa sekiranya murid-murid tidak hadir ke sekolah selama 3 hari berturut-turut.

3. Surat "Pemberitahuan ketidakhadiran ke sekolah :Amaran Terakhir"akan dikirimkan kepadsa ibubapa sekiranya tidak menerima jawapan dari ibubapa.

4. Ibubapa hendaklah membalas surat tersebut atau dating berjumpa dengan Guru Besar.

5. Surat tunjuk sebab akan dikirimkan kepada ibubapa jika murid-murid selalu lewat tanpa alas an yang munasabah akan dikenakan tindakan disiplin.

6. Murid-murid tidak dibenarkan cuti pada hari persekolahan kecuali mendapat keizinan dari Jabatan Pendidikan.


Pakaian Seragam Murid-Murid Perempuan

1. Pakaian seragam hendaklah lengkap dengan tali pinggang,lambang sekolah dikiri atas,tag nama di bawah lambang sekolah.Tali pinggang hendaklah dijahit mati di sisi.

2. Kasut hendaklah bewarna putih yang diperbuat daripada"canvas" atau dari bahan sintetik lain seperti nylon dan polyester yang mempunyai day resap dan penyaluran gerak udara., stoking hendaklah berwarna putih dan sampai ke pergelangan kaki.

3. Rambut yang panjang hendaklah didikat "ponytail" atau "ditocang".Riben berwarna hitam dan biru tua sahaj dibenarkan.Panjang rambut di hadapan hendaklah tidak melebihi paras kening mata.

4. Segala barang kemas seperti cincin ,anting -anting, gelang dan sebagainya tidak dibenarkan untuk dipakai ke sekolah kecuali jam tangan.

5. Murid-murid dilarang bersolek semasa ke sekolah, menyimpan kuku panjang,mewarnakan kuku,memakai jel rambut,wangi-wangian dan pewarna rambut dengan apa cara sekalipun.

6. Sewaktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani, murid -murid dimestikan memakai pakaian senaman yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

7. Murid-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung /mini telekung dengan syarat tudung itu berbentuk segi 2 sama dan tudung/mini telekung berwarna putih dan kain sarung berwarna biru tua.


Pakaian Seragam Murid-Murid Lelaki

1. Seluar bagi murid-murid lelaki ialah seluar panjang berwarna biru tua.

2. Sekiranya bertali pinggang itu adalah dari jenis kepalanya tidak besar atau berhias.Warna tali pinggang mestilah hitam atau perang sahaja.

3. Baju kemeja berwarna putih dan berlengan pendek. Lencana sekolah diletakkan di kocek dan tag nama di bahagian atas kocek baju.

4. Kasut adalah berwarna putih yang diperbuat daripada "canvas"atau dari bahan sintetik lain seperti nylon dan polyester yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara.Stokin hendaklah berwarna putih dan sampai ke pergelangan kaki.

5. Rambut murid lelaki hendaklah dipotong ala tentera (smart cut).Sila lihat gambarajah.

6. Fesyen-fesyen model rambut terkini tidak dibenarkan.

7. Tidak boleh mewarnakan rambut.

8. Murid-murid tidak dibenarkan memakai subang/barang kemas.

Pakaian Ketika Bersenam dan Bersukan

1. Ketika bermain dan bersukan atau menjalankan aktiviti pendidikan jasmani,murid-muird perempuan adalah digalakkan tanpa paksaan ,memakai seluar panjang yang sesuai dan baju berlengan ,jika dikehendaki oleh mereka atau ibubapa mereka.