Home | My Message | The Director's Message | The DEO's Message | DEO Unit Chief's Overview | My School | My Curriculum | My Pupils Affair | My Co Curriculum | My Staff | My PTA | My Album | My Links

Logo Sekolah
Sek Keb Sg Anib III,Sandakan

sksa3logo.gif

HURAIAN

PERTAMA

buku.gif

BUKU

Buku adalah melambangkan ilmu dan simbol tamadun yang agung. Buku merupakan media dalam memperkembangkan dan menyampaikan ilmu pengetahuan dan ianya kekal relevan dalam kehidupan seharian walaupun teknologi maklumat berkembang pesat.

KEDUA

bumbung.jpg

BUMBUNG

Bumbung merupakan kedudukan yang teratas dan paling utama serta memperlihatkan gambaran awal sebelum kita dapat menilai sesuatu dengan lebih teliti lagi. Sekolah ini sentiasa menonjolkan sesuatu yang terbaik dan cemerlang di bumbungnya bahkan juga yang tersirat di dalamnya. Bumbung ini juga menggambarkan sekolah ini adalah sebagai tempat untuk menyedia dan memperlengkapkan pelajarnya dengan perlindungan dalam bentuk ilmu pengetahuan dan akhlak yang mulia.

KETIGA

replisia.gif

BUNGA REPLESIA

Bunga Reflesia merupakan suatu spesies yang istimewa di negeri di bawah bayu. Bunga ini menggambarkan kecintaan sekolah ini kepada nilai-nilai estetika serta kebanggaan dan patriotisme yang tinggi dan tidak berbelah bahagi kepada negara. Nilai-nilai ini adalah penjana kepada wawasan negara yang menuju ke arah negara maju yang seimbang dari segi material dan juga akhlak yang tinggi. Lima kelopak bunga ini menggambarkan lima Rukunegara dan juga lima Rukun Islam yang menjadi teras sekolah ini.

KEEMPAT

menara.jpg

MENARA BERKEMBAR

Menara berkembar ini adalah melambangkan cita-cita tinggi yang seiring dengan usaha yang dicurah dalam mencapai apa jua matlamat hidup.



KELIMA

podium.jpg

PODIUM

Podium adalah simbol puncak kejayaan yang disulam dengan kecemerlangan, kecekapan, dan kecekalan. Hanya mereka yang memiliki nilai-nilai ini sahaja yang layak untuk naik di atas podium dan mereka itu adalah warga SK. Sungai Anib III. Podium yang berbentuk susunan batu bata ini juga memperlihatkan kehebatan tamadun Islam dalam seni bina dan teknologi masih lagi kukuh dan relevan sehingga ke hari ini.

KEENAM

arca.gif

BLOK ARCA

BLOK ARCA SEPARUH BULAT INI MENGGAMBARKAN TERAS YANG MENDUKUNG PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG DAN BERWAWASAN