Home | My Message | The Director's Message | The DEO's Message | DEO Unit Chief's Overview | My School | My Curriculum | My Pupils Affair | My Co Curriculum | My Staff | My PTA | My Album | My Links

The School Management Unit Chief's Overview
Sek Keb Sg Anib III,Sandakan

pnmunah.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua warga pendidik SK Sungai Anib III, Sandakan yang telah berjaya membina laman web walaupun baru setahun beroperasi sebagai salah sebuah sekolah rendah kebangsaan di bahagian Sandakan. Sesungguhnya, ia merupakan usaha murni kerana untuk membina laman web memerlukan kesungguhan dan keazaman yang tinggi dari semua warga sekolah terutama sekali Guru Besar yang merupakan jurumudi dalam sesebuah sekolah. Sudah tentu, usaha gigih ini menuntut pengorbanan masa, tenaga dan curahan idea di kalangan ahli sekolah. Ini menggambarkan bahawa sekolah ini mampu berdaya saing, inovatif dan kreatif agar tidak ketinggalan dalam arus pendidikan globalisasi.

Dengan berbekalkan visi dan misi iaitu ingin melahirkan warga pendidikan yang cemerlang, cekap dan berkualiti jelas menunjukkan bahawa sekolah ini berhasrat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dapat digunakan untuk membangunkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani. Begitu juga dengan Piagam Pelanggan sekolah ini yang ingin mewujudkan budaya kerja yang cemerlang dan berkualiti di kalangan murid dan kakitangannya.

Ia selaras dengan tema hari guru tahun ini iaitu `GURU BERKUALITI PEMANGKIN KEGEMILANGAN, saya berharap guru-guru di sekolah ini akan dapat meningkatkan prestasi kerja dengan menunjukkan kesepaduan tenaga yang positif untuk mendidik anak bangsa. Komitmen dan keazaman yang tinggi akan menjana kegemilangan sekolah ini pada masa hadapan.


Sekian, terima kasih.

PUAN MUNAH HJ.NASRI
KETUA UNIT,
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH,
PEJABAT PENDIDIKAN BAHAGIAN SANDAKAN.

DEO Unit Chief's Overview

FUNGSI ORGANISASI